Monday, January 31, 2011

Cuti..

Bila rakan-rakan IPTA tengah sedap cuti hari ni..AKU ADA KELAS..Kuciwa aku,,chaiiit...Kat rumah saudara-mara ramai..Macam-macam plan diorang..Nak ke KL,Nilai..Aku,,Shah Alam..Seksyen 13,,Tepi Tesco..Arghhh...MALAS..Mak nak mc..haha..Tok Syukri,,saya nak cuti boleh??hahahaha...harapan...

Thursday, January 27, 2011

Waiting for the end...

Baru lepas dengar lagu linkin park ni..tibe-tibe terfikir..Bachelor Medical Science aku dah nak habis belajar..Ya ALLAH..Cepat betul masa berlalu..Rasa macam baru je masuk MSU ni..Tapi dah 3 tahun rupanya..Macam-macamla dah aku lalui kat sini.Dari yang manis,sampailah yang ke pahit..Semuanye aku dah lalui, dan dah buat aku lebih matang..

Pengalaman hidup kat IPTS ni membuatkan aku sedar,,betapa mencabarnya hidup di dunia selepas dunia belajar...Bila manusia bertuhankan duit,,tiada perikemanusiaan lagi..Yang kaya makin kaya..Yang miskin makin miskin..Aku nanti tergolong dalam golongan yang mana agaknya..Kaya atau miskin..
Kaya ke miskin aku tak ambil pusing,yang penting aku tak nak bertuhankan duit..Tapi mampukah..Dunia sekarang ni semuanya nak duit..Even nak belajar pun kena bayar..Bukan ke masa zaman Khulafa Ar-Rasyidin dulu belajar semuanya free..Barulah takde yang ketinggalan..Yang miskin boleh belajar,,yang kaya pun boleh belajar..Barulah boleh maju..

Tapi tu zaman dulu,,zaman sekarang lain sangat..Kos sara hidup tinggi sangat-sangat..Aku yang belajar lagi ni pun dah berhutang dah..Ingat lagi ada cerita hitam putih dulu,,tajuknye tak ingat pulak..Dialog dia camni,"Nak,kau pergilah belajar,biar ayah yang fikirkan kebajikanmu"..Tu dulu..Kalau sekarang,"Nak kau pergilah belajar nak,biar ayah pergi rumah tok ketua mintak sahkan sijil kamu nak mohon loan ni"..  haha,berbeza betul..


Entahla..Kadang-kadang aku tak faham sistem pemerintahan sekarang..Aku tak nampak perubahan-perubahan yang perlu untuk rakyat..Ni asyik nak bertekak je..Baik Pemerintah Baik Pembangkang..Bergaduh untuk benda-benda yang tak bawak untung pun kat rakyat..Aku tak nak tulis lebih-lebih takut kena tahan pulak nanti..
Gambar selingan..Jangan marah..

Entahla..apa nak jadi dengan nasib aku nanti..Kita"wait for the end" jela..Hahahahahahaha

Sunday, January 23, 2011

Saat Itu..

Malam-malam ni..Rasa sayu pulak..Cepat Masa berlalu..Aku pun dah nak masuk 22 tahun..Tu kalau tengok IC la..Kalau tengok lagi tua la kot..Rasa macam baru je aku ke negeri Darul Iman tu..Ke sana untuk mengikat hubunganku,,dengan seseorang yang kurasakan jodohku..Bukan nak membangga diri,,tapi aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk menyatakan hasrat ingin bertunang kepada Ibu Bapaku...Respon mereka lebih mengujakan..Inilah kesan dari respon mereka itu...
bonda menyarungkan cincin risik dan cincin tunang ke jari tunanganku..

Cincin belah rotan dan cincin tunang aku beli pakai duit sendiri..Alhamdulillah,berkat simpan duit..Orang kata,,"sikit-sikit lama-lama jadi bukit..Ni antara hantaran yang kami bawa..




Tersipu malu,aku pun malu jugak masa ni..

Masa ni aku ada sekali dalam rumah tu..Bukan selalunya waktu bertunang,lelakinya tak boleh ada kat dalam kan kan..Tapi aku ada kat dalam tu..haha

Masa ni aku rasa nak nangis..SAYANG EMAK SANGAT-SANGAT..

Kalau dulu,,mak pantang sangat kalau aku ada kawan perempuan..Kalau ada kawan perempuan telefon,,terus dia cakap aku takde..Tapi bila aku bawak Najmiah jumpa dia,,tak marah pulak dia..Alhamdulillah,,mungkin mak dah tau aku ni bukan budak kecik lagi..Atau,,Najmiah memang betul-betul dah pikat hati mak ayah aku..

Wakil delegasi ke Terengganu..Dari kiri,Najmiah (dia ni bukan wakil),emak,Angah (adik Ayah) dan Ayah.

Punyalah ringkas majlis pertunangan kitorang,,takde kenduri besar2,,mekap2,,hanya sekadar memburu keberkatan ALLAH...Dan,,masa pertunanganku,,betul-betul musim tengkujuh baru nak mula..

3 hari kat sana,,3 hari tak nampak matahari..

Huhu,,kalau tengok tarikh dalam gambar tu,,dah setahun lebih dah pun..Ikat 2 tahun dan kalau takde aral melintang,,Najmiah habis je belajar..InsyALLAH,,sampai la kad yang ajak korang makan nasi minyak rendang Tok dari aku..hehe

DOAKAN JODOH KAMI BERKEKALAN YA..DAN KAMI SELALU DOAKAN AGAR SAHABAT-SAHABAT KAMI JUGA BERTEMU JODOH YANG IDEAL

Rayamu Rayaku juga...

Malaysia terdiri dari pelbagai jenis kaum..Kita ada Melayu,Cina,India,Punjab dan banyak..Tak hairanlah bila setiap tahun,terutama awal-awal tahun,,macam-macam perayaan akan disambut..Dan bila sebut pasal perayaan,,kita tunggu......ITS HOLIDAY..Jadi bagi keluarga aku,,tak kira raya orang cina ke india ke asal cuti kami akan segera cabut meninggalkan hiruk-pikuk pekan Sg Buloh yang dah jadi mini Jakarta ni..Kemana..Balik kampung Mak aku..Tanjung Tualang, Perak..

Haha,ramai yang tak tahu kewujudan tempat ni..Tapi kalau diikutkan sejarah,,tempat ni la yang menyumbangkan bijih timah terbesar kat negeri Perak..Jadi,disebabkan sejarah tu la,,Tanjung Tualang ni jadi syurga pemancing macam aku..hehe..Kat sini banyak bekas-bekas lombong yang isinya beribu-ribu spesies ikan yang tunggu kita datang bawak umpan yang kena dengan selera ikan tu..Kalau orang yang tak suka makan ikan darat macam aku ni,,takpe kat sini ada Sungai Kinta dan Sungai Perak..Nak udang galah,,campak je matakail dalam sungai tu..InsyALLAH dapat..So, tak hairanlah asal cuti je aku memang tak sabar-sabar nak balik kampung..

TETAPI TIDAK UNTUK CUTI RAYA CINA NI SEBAB....

AKU NAK BALIK KAMPUNG BAKAL ISTERI AKU..HAHAHAHAHAHAHA...

So,lain kali ye Tanjung Tualang..Hai hai,Kuala Terengganu..Mesti korang terfikir,,belum kawin lagi tapi dah balik kampung bakal isteri..haha,,aku bukan kesana saja-saja..Tapi aku nak menghadiri Kursus Kawin kat sana..Bukan tak boleh wat kat MSU tu tapi kesian kat tunang aku nak kena turun jauh ke KL ni..Aku pun dah lama tak kesana..Rindu kat bakal keluarga kat sana yang sangat-sangat supportive..Alhamdulillah,,rezeki aku untuk kenal diorang..Tapi rindu lebih kepada tunanganku tu..

"Semoga ALLAH berikan aku kekuatan untuk membendung api rindu ni nanti bila kami bertentang mata.."

Tiket pukul 10 pagi,,Naik dari Hentian Putra..Bas Transnasional..Semoga aku selamat sampai..amin..

Friday, January 21, 2011

MATI ITU PASTI...



 Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.
Mati..Terasa gerunnya bila bercakap tentang mati..Aku tahu aku memang tidak akan mampu lari dari kematian..kerana tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui penamatnya yakni kematian..ajal dan maut bukan ditangan kita,tapi ALLAH lebih tahu tentangnya..Tapi kita sebagai hambanya,perlu bersedia dengan mempertingkatkan segala amalan yang diredhai-NYA..
MATI itu memang menggerunkan.Tetapi MATI juga mampu membuatkan seseorang itu lebih istiqamah dalam amalannya..Kita akan menyegerakan solat..Kita akan menyegerakan haji..Kita akan mengelak dari melakukan perkara-perkara lagha..Kerana dia tahu,nyawanya boleh dicabut pada bila-bila masa..Dan kita pasti tidak mahu dijemput menghadap ALLAH dalam keadaan baru menjemput kemurkaan-NYA
SEMOGA AKU TAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG TIDAK MENGINGATI MATI 
Kenapa tiba aku terdetik untuk menulis tentang mati ini???
Semalam,rakan-rakan se MRSM Pasir Salak ku mengadakan reunion di Dataran Shah Alam..Tapi ia bukan reunion yang biasa,,tapi sebenarnya ingin menenangkan hati seorang rakanku yang baru sahaja mengalami kemalangan yang mengorban satu nyawa.Kebetulan,kemalangan itu berlaku tak jauh dari rumahku.
.Apa yang aku kasihankan pada sahabatku ini,keluarga si mati menyalahkannya sebagai punca kematian anak mereka..Rakan ku yang sedang trauma ni menerima tekanan yang lebih hebat lagi dari keluarga si mati itu.Hasilnya,sahabatku ini menulis di Facebooknya
 "Rasa amat bersalah,rasa macam nak bunuh diri"
.Alhamdulillah,itu hanya sekadar kata-kata dan aku harap sahabatku itu tak melunaskan kata-katanya itu.Dan tak lupa juga,Al-Fatihah untuk sahabat kepada sahabatku yang telah dijemput menghadap Ilahi itu..
Tapi bukan itu punca untuk aku menulis,,tapi kerana bila sahabatku itu berkata ketika kami semua rancak bersembang mengenai perkembangan diri masing-masing..Bunyinya begini,,
"Korang jom solat jom,,kita ni bila-bila pun boleh mati."
Aku tersentak,sebab aku tak solat isyak lagi ketika itu,,dan aku memang dah lupa untuk solat ketika itu kerana terlalu rancak bercerita.
.Ya ALLAH,,ampunkan aku..Jauhkanlah aku dari segala malapetaka..Matikanlah aku sebagai seorang islam..Dan Janganlah kau matikan aku dalam keadaan sia-sia..Amin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaahaa ayat 55 tafsirnya :
Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.

Tuesday, January 18, 2011

Mountain,River and Sea..

perjalanan ke Mersing, Johor ni bermula bila aku, Fahmi dan Najmi menapak dari Brunsfield ke MSU pada pukul 2 pagi..tak pernah ada kat MSU time2 ni..kitorang disambut mesra oleh pak guard2 MSU kat situ.."Abang,pergi MSU jangan naik tingkat atas ya,,boleh ada dekat tingkat 2 je..tadi saya sudah tangkap dua orang naik ke kolam," kata Pak Guard tu kat aku..Apa hal pulakla ada orang nak ke kolam tu tengah2 malam buta tu..haha..ingatkan kitorang dah lewat..rupanya kitorang yang paling awal..

fahmi dalam mode malam..

bas yang nak bawa kitorang ke Mersing tiba pada jam 2.30..kak ida kata kitorang akan naik bas kontot..tp ni kitorang dapat bas 3 seater..perghhh,,selesa habisla...so,,lepas dah masukkan semua bagasi-bagasi yang maha berat kat dalam bas,perjalanan 5 jam kitorang pun bermula..dalam bas, driver pasang Movie yang agak kurang asam kerana banyak elemen-elemen tak perlu dalam cerita itu..disebabkan terlalu letih,aku terlelap agak lama..tapi dikejutkan dengan goyangan bas yang beroleng-oleng bila lalu kat kawasan kelapa sawit kat Kluang..

setibanya kat Mersing,,bas singgah kat warung roti canai kat tepi jalan..kedai tu tak ramai orang tapi boleh tahanla roti canai dia..lepas makan,,kitorang terus menuju  ke teluk gorek yang tak jauh dari situ dah..
mula-mula dengar,memang kelakar nama gunung ni..Gunung Arong..tapi bile tengok tempatnya,,terpana aku dibuatnya..kalau pergi sorang-sorang konfem dah nangis..alangkah indahnya alam ciptaan ALLAH ni..

 permandangan pantai teluk gorek bila air surut..



Gunung Arong..

Gunung ni letaknya kat Telok Gorek, Mersing Johor..kelebihan gunung ni,,kat sini ada sungai air tawar dan ada laut jugak..tongkat ali pun bersepah-sepah kat sini..kalau anda cukup perkasa nak cabut,,silakan..gunung ni sebenarnya taklah tinggi mana pun..perjalanan untuk naik ambil masa sejam lebih dan nak turun pun lebih kurang sejam lebih jugak..tujuan sebenar datang menjelajah gunung ni adalah untuk merealisasikan misi MSU untuk berkhidmat kepada komuniti..jadi peserta semua dikehendaki mengutip semua sampah yang mereka jumpa sepanjang perjalanan ni..

aktiviti pertama yang kitorang lalui sementelah tiba di pantai ni,,adalah briefing dari officer SCD iaitu Kak Ida berserta suami dan konco-konconya..haha..lepas briefing, kami naikkan khemah sebab nak simpan bag-bag dalam tu sebelum mendaki..geng-geng aku bawak 2 khemah..tapi satu khemah dipinjamkan kepada beberapa geng peserta perempuan..so kami tidur bertiga kat dalam khemah malam tu gamaknya..setelah selesai mengemas,,aktiviti mendaki bermula..Guide kami, En Poncho, bagi sedikit briefing pasal gunung yang kitorang nak daki ni..

nilah encik poncho..hakhak

sempoi je mamat ni..lepas tu ada sedikit sesi warm-up diketuai oleh encik kuat melatah..dan pendakian pun bermula..

mula-mula kitorang dijamu dengan permandangan air terjun yang telah diempangkan..airnya jernih macam air kolam..bukan macam sungai belakang MSU tu..haha..perjalanan ke puncak gunung arong,kami disajikan dengan permandangan hutan tropika yang masih tak terusik dengan arus pemodenan..tongkat ali,,mengkuang liar,,mempisang tumbuh melata kat dalam hutan ni..


sejam mendaki,,kami sampai kat puncak..1098m dari aras laut..permandangan kat atas ni pun boleh tahan indahnya..campsite, pulau-pulau sekitar semuanya kelihatan dari sini..angin pun bertiup kencang mengeringkan  peluh..kami berehat sebentar kat atas ni..dari puncak gunung arong ni,,kelihatan pulau-pulau di sekitar perairan Mersing ni..ada pulau babi besar,babi kecil,babi tengah dan banyak lagi..dan lagi sekali,,kalau saya sorang-sorang panjat gunung ni,,konfem dah nangis dah ni..haha..


perjalanan turun lagi mencabar dari nak mendaki..laluan yang lebih menjunam dan licin wat semua peserta agak berhati-hati..tapi penat lelah hilang bila dah sampai kat kaki gunung bila terbentang pesisir pantai yang nyaman..kitorang duduk kat situ,,enjoy view dia..ambil gambar puas-puas dan lepas tu mula berjalan balik ke campsite melalui pantai dan batu-batan yang bertongkol-tongkol kat situ..

sesampai je kat campsite kitorang berehat sebentar..sebelum mula memasak untuk lunch di waktu tea..haha..lepas makan,kalau ada yang nak mandi laut dipersilakan..tapi aku tak mandi,,lebih suka menolong kawan-kawan aku yang nak siapkan bbq kat pantai untuk makan malam..



dah kenyang..its landing time..haha..malam tu tido sangat best..tak panas,,sebab angin sangat kuat..sedar-sedar dah kul 6.30..so lepas solat subuh,,terus tolong kacau orang buat breakfast..ada menu yang sangat menarik masa tu...Teh O Bawang..mantap teh tu..pedas sampai ke tekak..kredit to orang yang sediakan teh tu..haha..lepas sarapan,,kitorang takde aktiviti..so,aku yang tak pernah mandi,,pun melampiaskan nafsu kat pantai tu..mandi pun tak lama,,sebab lepas tu nak tolong bakar ikan untuk lunch pulak..

lepas makan,,kitorang pun bersiap untuk ke Shah Alam semule...tapi sebelum balik,,sempat bergambar untuk surat khabar sinar harian zon johor je..habis bergambar,,bas dah sampai.berlalu meninggalkan kenangan kat teluk gorek ni..Semoga Panjang Umur untuk ke sini lagi..

Kredit to:
-kak ieda n hubby..
-poncho
-najmi
-fahmi
-epi
-craig (gambar dia amik cantik sangat)
-n sume peserta U-Community @ gunung Arong..

Friday, January 14, 2011

Peace..

Peace Brother!!!
huhu,,sebelum bertolak ke mersing sempat lagi aku update blog..pulak tu, tiba-tiba je letak tangan buat peace ni..haha..apa kes?? haha,,peace ni kalau bagi orang-orang hippies ni tanda keamanan..PEACE NO WAR..tapi bagi aku yang orang islam ni ada lagi satu makna..

JARAK ANTARA HARI INI DENGAN HARI KIAMAT MACAM JARAK ANTARA DUA JARI KITA YANG BERSEBELAHAN..
huh,,,dah dekat sangat dah..tanda-tanda awal pun dah keluar dah..tinggal tanda-tanda akhir je lagi..sudah cukupkah amalan kita untuk menghadap hari pemusnahan itu..kalau aku,aku tak rasa amalan aku yang aku dah buat dah membolehkan aku untuk hidu bau syurga pun..tapi insyALLAH,aku berusaha..
ANDA BAGAIMANA??
lepas ni kita tunjuk isyarat peace banyak-banyak kali kat orang yang tengah buat maksiat tu...sambil tunjuk kita laung,, KIAMAT SUDAH DEKAT woi...haha

Wednesday, January 12, 2011

Permata Yang Dicari...

lagu yang cukup terkesan untuk diriku,
dalam mengejar cinta seorang insan,
yang ku yakin anugerah dari ilahi,
kelembutan tuturannya bicara,
menarik hatiku,untuk mengenalinya,
sopan,lembut,solehah,
mendamaikan jiwaku yang resah ini..

Ya ALLAH jika dia benar untukku,
tabahkanlah hatiku untuk mencari cinta di jalanmu,
jika dia bukan milikku,
tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu..


bukan nak memuja tapi sekadar ingin memuji..tak salah memuji kan??

cubalah dengar lagu ni ya..lagu ni ada menegaskan bahawa tiada cinta yang lebih agung selain dari cinta kepada ALLAH.
kepada rakan-rakan diluar sana..tak salah bercinta,,tapi pastikan cinta itu dilandasan yang betul..tiada siapa yang boleh lari dari cinta..

cinta bisa buat orang beriman menjadi lebih beriman..cinta juga bisa buat orang beriman menjadi orang yang kufur..

cinta bisa buat orang yang kufur menjadi orang yang beriman..cinta juga bisa buat orang yang kufur menjadi lebih kufur..

jadi jangan kotorkan fitrah yang ALLAH turunkan kepada setiap hambanya dengan nafsu serakah semata..salurkan cinta itu dengan rasa kagum dan rendah diri dengan ketentuan ALLAH..
kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA..

Saluran cinta sebenar..



Tuesday, January 11, 2011

sakit leher...


Tunangku sakit leher..dah lama dah..selalu dengar sakit pinggang..kalau aku sakit leher selalunya sebab salah tidur..dan biasanya kalau aku mengadu kat emak,,mesti dia suruh kakak aku hempuk aku dengan bantal yang aku pakai..entah apa kaitannya entahla..tapi pape pun,,bacala artikel ni..

DIANGGARKAN 80 peratus orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk. 

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.
Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  • Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu. 
  • Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja. 
  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat. 
  • Berdiri terlalu lama. 
  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang. 
  • Duduk membongkok di kerusi.
  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin. 
  • Memakai kasut bertumit tinggi.


Ahli Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Tawakal di ibu negara, Siti Suraiya Yusa, berkata kajian menunjukkan kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.

“Tekanan tidak normal secara berlarutan boleh membawa kepada perubahan struktur tulang belakang seperti kemerosotan cakera dan sendi, pemanjangan dan pemendekan ligamen dan otot sokongan dan rawan yang haus atau terkoyak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku akibat kecederaan yang menimpa struktur ini. 

Masalah seperti Arthritis Degeneratif pada spina di leher (spina cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.

Siti Suraiya berkata, keadaan tidak normal membabitkan saraf tunjang, jantung, paru-paru dan beberapa organ abdomen juga boleh menyebabkan masalah leher dan belakang.

Namun, apakah pilihan atau kaedah bagi mengelak kemungkinan mengalami masalah sakit leher dan bahu?

“Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai),” katanya.

Malah, tegas Siti Suraiya, asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan. 

Katanya, penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.

Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.

“Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal,” katanya. 

INFO: Petua elak sakit belakang
  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam. 
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang. 
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. 
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja. 
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda. 
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit. 
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah. 
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama. 
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda. 
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.


Cara rawatan di rumah:
  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot. 
  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal. 
  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama. 
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. 
  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.

Monday, January 10, 2011


" hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547)".

Pagi semalam,kakakku cadangkan telinga Alya ditindik..budak kecik tu pulak,terpinga-pinga je tak tahu ape tindik tu..bila cakap je nak buat lubang kat telinga,,dibantainye meraung budak tu..dia dah boleh bayang sakit bertindik..dah besar dah budak nie..
tiba-tiba je aku terfikir..macam mana pulak lelaki terfikir nak tindik telinga diorang..perempuan lainla..bertindik sebab nak nampak cantik depan suami diorang..yang si lelaki ni nak nampak cantik depan suami diorang jugak ke??pelik pulak..haha..kat MSU tu bersepah lelaki pakai tindik..ada yang kecik..ada yang besar duit 50 sen pun ada..nak kata nak memikat perempuan..kawan-kawan perempuan aku pun meluat tengok diorang.. mana taknye,,,tindik diorang tu dah macam tag yang orang pasang kat telinga kambing dalam kandang tu..
                                                    

berdasarkan hadis kat atas tu,,rasanya tak terlalu keterlaluan kalau aku nak katakan yang manusia sekarang ni berebut-rebut nak dilaknat ALLAH SWT dan Rasulullah SAW..lelaki sibuk nak pakai solekan macam perempuan,,yang perempuan sibuk nak pakai t-shirt macam lelaki..kadang-kadang tu sampai aku keliru,,dia ni lelaki ke perempuan..entahlah,,dunia akhir zaman.. ku mohon agak waris-waris ku nanti tak tergolong dalam golongan orang yang dilaknat ni..AMIN..

Sunday, January 9, 2011

Aku..Pemangkin...

Waktu aku bertunang dulu,semua saudara-mara aku terkejut..sebab muda sangat..awal sangat..
memang melangkah bendul la aku..adalah dekat 7 orang abang dan kakak sepupu aku langkah..hehe..
abang sepupu aku yang sorang ni,,abang awi nama dia..dia dah 28 tahun dah tapi tak kawin lagi..bila sebut pasal kahwin je mesti dia lari,,tak pun dia jadikan aku sebagai perisai menghalang panahan mulut berbisa dari makcik-makcik aku (mak pun included la)....alasan yang dia selalu pakai..
Nak kumpul duit,,
nak beli rumah,,
takde calon (padahal muka macam Brad Pitt kot,,xcaye la aku..)..

ni baru abang awi,,ade sorang lagi ni,,Noa namenye.. dah ade pakwe..berkepit je..kalau nak balik kampung kat perak, sepupu aku ni tak dibenarkan bawak kereta jauh-jauh oleh pakwe dia..macam suami dia la...mak bapak sepupu aku ni risaula sebab dah macam suami isteri la..

si abang fariq pulak,,beriya-iya tanya aku macam mana aku consult parents aku meminang anak orang ni..aku pun cerita la..baca Ya-Latiff banyak-banyak sebelum berbincang tu..InsyALLAH selamat..hehe..

TETAPI,,,dengan keberanian aku meminang anak dara orang pada usia muda menjentik sanubari mereka,,,ceewaah...tup,,tup...abang awi nak bertunang 5 Mei ni..si Noa ni pulak bulan 3..abang fariq pulak bulan 6 nikah..hah,,peningla family aku nak buat kenduri 4 orang sekali tahun ni..hahaha

--kesimpulannya,,jangan biarkan diri dan pasangan anda terbawa-bawa dengan cinta nafsu..kalau rasa nak bercinta sangat,,pegi mintak izin dengan mak bapak pasangan tu (ni untuk lelaki) atau suruh pasangan tu jumpa mak bapak anda (ni untuk anda)..restu mak bapak ni penting dalam satu-satu hubungan..--

--jom ikut aku gi kursus kawin 3 februari ni..kat terengganu..hehe---

Friday, January 7, 2011

Jumaat...

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Hari Jumaat,,penghulu segala hari..pada hari ini diwajibkan pada seseorang lelaki untuk menunaikan solat jumaat.

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Aku tak faham bila nampak sederet bapak-bapak orang,,rambut dah beruban,,senang cakap rumah dah kata pergi,,kubur dah kata mari dah,,,boleh lepak kat kedai makan bila orang dah nak azan..kedai nye pulak adalah seratus meter dari masjid..takkanlah tak dengar azan kot..buatnye warung tu roboh himpap dorang,,mati..tak ke sia-sia je..aku tak rasa bapak-bapak orang itu memenuhi kriteria ini

  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.(orang sakit duduk kat rumah)
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.(mendung je tak hujan pun)
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.(dorang bermusafir tak sampai 2 marhalah pun)
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.(takut sangat la pulak sampai makan tepi jalan)
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang. (dorang tengah berperang dengan nafsu tapi kalah

diorang tak sedar ke?? hari jumaat la hari memborong pahala..benda-benda yang simple pun dapat pahala berganda masa hari jumaat ni..

  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf
  9. Solat Sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

ruginye bapak-bapak orang itu..macamana la anak-anak dia bila tahu bapak dorang tak amik berat langsung pasal tanggungjawab mereka dengan ALLAH..aku doakan satu hari nanti terbukala hati bapak-bapak budak tu..



Bukan kita yang menjaga nyawa kita..bukan kita yang tetapkan bila kita nak mati..Sesungguhnya,,ALLAH yang MAHA Berkuasa dan MAHA mengetahui..kita sebagai hamba hanya mampu memperkasakan amalan untuk menghadapnya..panggilan yang boleh datang pada bila-bila..ALLAHUALAM...

Wednesday, January 5, 2011

Saya Sayang Emak Saya

Hujan turun lagi,,lebat..
sekali-sekala disulami guruh dan petir,,
tiba-tiba bau pengat pisang..fuhh,,mak buat...baik punye..
hirup kuah,,perghh...gula hangus..memang favourite aku..
tapi bukan gula hangus tu..tapi air tangan mak yang buat jadi sedap tu..
orang lain pun buat pengat pisang jugak,,tapi tak boleh lawan mak punye..
yang peliknya,,bila pulak mak buat pengat pisang ni???dia baru je balik ngaja..
hebat betul mak ni..
kalau aku..habis je kelas balik rumah terus pengsan je..
tapi mak,,balik-balik rumah,,basuh pinggan,,masak lauk malam,,macam-macamla..
memang supermum la mak aku ni..



umur mak aku ni dah 60 tahun dah..tapi maintain muda je..
bila orang tanye ape rahsia awet muda,,mak jawab "rajin amik wuduk dan senyum selalu"..
bab wuduk tu yang ramai panas telinga tu..haha..
masa kecik-kecik dulu,,mak sangat tegas..macam-macam peraturan mak suruh aku ikut..
jangan main kat sini,,jangan panjat pokok,,jangan kawan budak ni,,jangan ambil mainan budak ni..
macam-macamlah..memang ada rasa terkongkong..
tapi tu masa kecik-kecik dulu..
sekarang baru nampak apa kesannya..

kawan-kawan kat kampung jadi mat rempit, aku jadi pelajar sepenuh masa..
kawan-kawan kampung bercouple,, aku tunang terus..haha...
kawan-kawan malam pergi karaoke, aku pukul 7 malam dah kelam-kabut nak balik..

kalau nak cerita,,memang sampai terbakar la laptop ni...banyak sangat...
tapi aku rasa bukan mak aku je camtu..orang lain punye mak pun sama..
terkilan bila tengok mak-mak orang yang kat dalam pusat jagaan tu..mesti dia tak sangka,,anak-anak dia nak hantar dia kat tempat tu..harap-harap aku tak buat kat mak aku macam tu..Nauzubillah..
jasa emak bapak ni kalau ditukar ke nilai matawang,,,rasanya takde nilai,,sebab terlalu tinggi nilainya..
jadi aku berazam,,aku nak jadi anak yang soleh..dan jaga mak sebaik mungkin..dan aku juga taknak jadi seperti Wail Bin Khattab..InsyALLAH..

--NAK PELUK MAK LA LEPAS PUBLISH POST NI..--

Tuesday, January 4, 2011

Penat,,Exhausted,,Fatigue,,Malaise,,Capek...

Penat..balik kelas je penat..asal lepas asar je ngantuk..walaupun dah cukup tidur pun mengantuk lagi..apasal ngantuk sangat sampai jadi macam ni...
rupa-rupanya ada satu pesanan dari Rasulullah tentang macam mana nak hilangkal penat ni..

Ada petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawar kepada kepenatan. Jom baca sama-sama!!..


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.


Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."



Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anaknya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Maka dicadangkan kepada kita sebagai pelajar yang selalu sahaja merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian dan belajar, supaya mengamalkannya.Ini adalah tips dari Rasulullah.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. InsyaAllah.



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)".


If Rasulullah Among Us...Now..

aku baru terfikir...

"KALAU RASULULLAH S.A.W ADA DIKALANGAN KITA."

kalau Rasulullah masih hidup,,tika ini,,,abad 21..apa yang baginda akan katakan..bila baginda :-
a)ramai wanita yang macam menutup aurat,,tapi dia sebenarnya tak berpakaian pun..
b)ke masjid,,ada 2,3 orang je di dalamnya,,semuanye warga tua..solat jemaah saf dapat 2,3 baris je..
c)ke kedai,,nak beli susu,,sebelah susu ada botol arak..macam-macam brand..
d)ke bank,,nak keluar duit..kad tepi mesin atm..ada iklan..pinjam rm100 bayar rm150..
e)ke pasar,,nak beli buah..balik rumah nak makan,,ada yang elok ada yang dah busuk..
f)dompet tercicir,,dalam tu ada ic..harap akan ada yang pulangkan..sampai sudah tiada...

pasti baginda kecewa,,menangis air mata darah..betapa teruknya umatnya zaman ini..dah tak kenal mana yang haram, mana yang halal,,riba bercampur-campur,,kejujuran semakin menipis..

"BILA KEJUJURAN SEMAKIN PUPUS,,TUNGGULAH HARI ITU..."

Cube tengok video ni..best!!!





tapi,,insyALLAH..masih ada umat islam sekarang ini yang masih menjadikan  Rasulullah S.A.W sebagai idola mereka..dalam setandan pisang takkan semuanya busuk..marilah kita sama-sama melahirkan kembali kegemilangan Islam seperti di zaman Rasulullah S.A.W dan Khalifah ar-rasyidin dulu..kita boleh,,asalkan kita dapat lupakan semua perbezaan politik,,fahaman dan hasad-dengki sesama muslim.. INSYALLAH

Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah..


hari ni..adik-adik masuk ke sekolah semula..dengan kasut baru,putih sangat-sangat..stokin pun baru,,baju pn baru jugak..kolar pun keras gitu..beg pun macam-macam style dah..ade pakai beg swan,,yang ada roda tu..haha..cikgu pulak dapat pembaris panjang (senjata) baru..misi pun baru..tapi satu matlamat..nak didik anak-anak bangsa..

teringat masa hari pertama kat sekolah ( 14tahun dulu)..ayah teman kat luar..hilang je konfem nangis..padahal dia ke toilet je..kawan pertama aku dulu nama dia Adam..dia gelakkan aku sebab nangis..tapi aku tak peduli..terus je nangis sampai sedu-sedu..bila nampak muka ayah, baru la stop nangis..ayah teman sampai la sesi pagi dah habis..masa tu dah agak konfiden dah nak ke sekolah sebab dapat ramai kawan-kawan baru..balik rumah pun cerita kat mak pasal kat kelas tadi..rasa seronok sangat..tak sabar nak pegi sekolah esoknya..

hari kedua ke sekolah,,dah konfiden dah..ayah pun tak teman dah..takkan nak amik cuti seminggu sebab nak teman anak gi sekolah..hari kedua ni kelakar..budak-budak yang tak nangis hari pertama nangis pulak hari ni..adam pun nangis jugak..lagi dahsyat dari aku..siap berguling-guling..hari kedua ada buat pilihanraya nak pilih ketua kelas..sebab aku je lelaki yang tenang masa tu..aku yang jadi..tak demokrasi langsung cikgu zaiton ni..haha..first time jadi ketua dan berterusan jadi ketua sampai la form 5..

tapi tu dulu..sekarang ni,,adik-adik kita ni dah lain sangat..mungkin diorang matang sebelum usia mereka..kalau dulu aku habis sekolah terus balik rumah..adik-adik kita singgah cyber cafe..main game ke..kalau aku dulu 8 tahun baru nak blaja naik basikal..adik-adik kite dah pandai naik motor..siap nak buat wheely lagi..mantap-mantap..kalau aku dulu,,,nak cakap dengan budak perempuan kelas aku pun aku segan,,budak sekarang ni dah lain..Lain macam mane..kat kampung aku ada cerita tergempar pasal budak-budak sekolah ni..baru darjah lima..tapi mentaliti macam dah 25 tahun..offer kat orang ramai..
rm1=dapat cium..
rm2=dapat raba..
rm10=rasanya korang tau apa yang budak ni offer..

dan yang lebih menyedihkan,,,dia anak seorang imam kat kampung aku tu..
'IMAN TAK DAPAT DIWARISI,DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA..'

lagu Raihan ni memang menyentak hatiku..dari lirik ini,,kita tahu..walau beriman macamana pun seorang bapa,,belum tentu lagi anaknya turut beriman sepertinya..risau juga aku dibuatnye..aku ada masa lagi setahun nak memperkuatkan diri sebelum bergelar suami dan selepas itu seorang bapa..dah bersedia ke diriku ni??mampu ke aku nak membentuk satu keluarga yang mampu menghasilkan pejuang-pejuang yang menegakkan agama islam???ALLAH je yang tahu..

tapi yang penting,,,aku tetap akan berusaha memperkasakan diriku dengan ilmu-ilmu yang memberi manfaat terhadapku dan bakal keluarga nanti..ilmu dunia dan ilmu akhirat..INSYALLAH

Sunday, January 2, 2011

Al-Fatihah..


Takziah kepada kepada keluarga pelakon drama terkenal Faizal Mohd Yusof yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.45 tengahari semalam (1/1/2011) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI). Allahyarham dikatakan terjatuh di dalam bilik air selepas mengadu sakit dada. Beliau sempat dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Punca kematiannya adalah kerana salur darah di jantungnya telah tersumbat (coronary arteriosclerosis)..

APAKAH ITU CORONARY ARTERIOSCLEROSIS (CA).

CA disebabkan penggumpalan kolestrol di dalam dinding arteri koronari (urat jantung).kolestrol ini datangnya daripada diet berminyak yang berlebihan..penggumpalan ini menyebabkan salur darah menjadi sempit menyukarkan peraliran darah ke kawasan tisu jantung..kurangnya pengaliran ke tisu itu menyebabkan tisu itu mengalami iskemia (ischemic=kurang oksigen) dan jika tidak dirawat, tisu itu akan mati (necrosis)..jika sebahagian tisu jantung tidak berfungsi maka, jantung tidak dapat menjalankan fungsi normalnya..jantung akan berhenti mengepam darah secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest).peringkat ini adalah peringkat yang paling bahaya dimana pesakit akan rebah dan jika tidak dirawat akan membawa maut..
perbandingan salur darah yang normal dan yang telah tersumbat


otot jantung yang telah mati akibat kekurangan oksigen.


tanda-tanda anda mempunyai masalah jantung:-
a)sakit dada yang merebak sehingga ke tangan diri..
b)kesukaran bernafas..
c)keletihan.
d) berasa loya
e)jantung berdebar-debar..
---biasanya simptom-simptom ini akan menjadi lebih buruk apabila melakukan aktiviti berat--

Langkah pencegahan..
a)amalkan diet yang seimbang..kurangkan makanan berlemak..
b)bersenam dengan kerap (min 20minit,3hari seminggu)..
c)banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang tinggi serat (fiber) seperti oat.

trend pemakanan sekarang yang cenderung kearah yang bergoreng,,tinggi bahan pengawet memburukkan kesihatan masyarakat sekarang..setiap manusia patut berasa bertanggungjawab untuk memelihara diri mereka..kerana tubuh yang sihat memudahkan kita untuk beramal ibadat kepada-NYA..berikut adalah beberapa tips yang diamalkan RASULULLAH S.A.W memelihara kesihatan baginda..

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyALLAH jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. 

sedangkan RASULULLAH S.A.W yang dipelihara ALLAH pun mementingkan kesihatannya apatah lagi kita yang tak tentu ke syurga ke neraka lagi ni..jadi amalkan gaya hidup yang sihat..bersyukurlah jika dikurniakan badan yang sihat,,rezeki yang melimpah ruah dan bersedekahlah pada yang memerlukan..

--SI KAYA MATI KEKENYANGAN,,SI FAKIR MATI KELAPARAN--

Itulah fenomena dunia sekarang,,kita di Malaysia alhamdulillah cukup makan..bukan cukup makan,,tapi terlebih makan..sampai jadi macam ni..


tapi saudara kita kat India, Afrika nak dapatkan sesuap nasi pun payah..kita makan nasi beriani gam kambing..perghh sebut je..siap hantar depan rumah lagi,,,dorang makan sayur tanam sendiri,,tangkap ikan sendiri..kebersihan makanan dorang tak terjamin langsung..zat pun tak banyak mana..kita sakit jantung,,diabetes,,sakit buah pinggang..dorang mati sebab kwashiorkor,,kecacingan,,malaria..



kita..


diorang..

beza..ternyata berbeza..bersyukurlah apa yang kita dapat..dan ingatlah pada yang susah..

--FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL--