Tuesday, September 4, 2012

Hidup,pada Erti 7: Sudah mahu jadi ayah wei!!


                          Lama dah tak update blog ni..Terlalu sibuk dengan kerja,balik rumah letih terus pengsan..Laptop pun dah berhabuk dah tak berusik.. Ni alang-alang tak brape banyak kerja ni..Sempatlah nak online jap.. Rasanya belum terlambat lagi nak wish "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"..

                         Tahun ni tahun pertama beraya sebagai seorang anak yang bergelar suami orang.. First time merasa raya kat negeri lain selain Selangor dan Perak. Tapi, tahun ni tahun terakhir beraya sebagai suami isteri sebab tahun dah tukar gelaran, ANAK BERANAK PULAK!! Bulan September 2012 ni baby dalam perut isteriku dah genap 4 bulan.. Raya ke-lapan dapat pulak anak buah baru..Anak Kak Yong.. Comel sesangat.. Ayra Safiyya bt Azwan namanya.. Dengan Ayra nangis buat aku teruja nak ada anak sendiri..Ada 5 bulan lagi nak kena sabar..

Ayra dan acu

Ayra Safiyya Bt Azwan

Ayra dan Cikna


                        Pergi ultrasound, doktor kata kebarangkalian untuk dapat baby boy adalah 90% sebab obvious nampak baby punya testicles..  Arghhh, lagi excited..Cucu boy pertama dalam family..

Nantikan produk kami pula...............................hahahahahaha











Thursday, May 31, 2012

Hidup,pada Erti 6: Dua Hati Kini Satu..

Lama rasanya tak berjenguk blogku ini..Maklumlah, rutinku kini sudah terlalu sibuk menguruskan research orang lain dan juga DNA orang lain..Kerja yang tak bersangkut paut langsung dengan degree yang ku miliki..Tapi aku tak mahu menolak rezeki..Mungkin rezeki ku di UM ni..


“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”



Alhamdulillah, bila terdetik dihati nak kawin awal ni, murah rezekiku.Bukan nak riak/ujub or apa-apa sifat mazmumah yang lain, tapi memang itulah kenyataanya..Menganggur tak sampai 3 bulan. Seolah-olah ALLAH mudahkan aku untuk bersatu dengan isteriku. Aku pun tak sanggup menanggung lagi dosa sepanjang 6 tahun percintaan kami.. Aku tak nafikan betapa kesalnya aku kerana permulaan ku dengan isteriku bukan seperti yang sepatutnya..

"YA ALLAH,ampunkanlah dosaku dan dosa isteriku..Aku akui kejahilan ku..Sesungguhnya aku bertaubat padamu dengan sebenar-benar taubat."

TENANG.........Itulah perkataan yang mampu ku katakan untuk menggambarkan perasaan ku selepas berkahwin..Menenangkan gelojak jiwa peringkat awal dewasa ku..Kalau dulu dosa mengiringiku bagi setiap sms, panggilan, skype untuk menghilangkan rasa rindu kini menjadi sumber pahalaku kerana aku bukan mengenangkan kekasih/tunang/makwe/gewe tetapi isteriku,,,,penghulu bidadariku di syurga...INSYALLAH

Walaupu

Monday, February 6, 2012

Hidup.pada Erti 5: Bercinta??

Nak Bercinta?? Baca ni dulu..

Lepas kahwin nanti,,aku nak ajak bakal isteriku nanti bertaubat..Yelah, kami pun ber'couple' jugak..Alhamdulillah, aku tamatkan zaman bujangku dengan awal..InsyALLAH, dapat la aku elakkan dosa bercouple dengan lebih lama..Dosa yang sebelum ni pun dah berlambak-lambak agaknya..Ampunkan ku Ya ALLAH kerana pernah menghampiri perbuatan yang paling KAU benci..Ampunkanlah dosa-dosaku dan bakal isteriku..AMIN..