Thursday, May 31, 2012

Hidup,pada Erti 6: Dua Hati Kini Satu..

Lama rasanya tak berjenguk blogku ini..Maklumlah, rutinku kini sudah terlalu sibuk menguruskan research orang lain dan juga DNA orang lain..Kerja yang tak bersangkut paut langsung dengan degree yang ku miliki..Tapi aku tak mahu menolak rezeki..Mungkin rezeki ku di UM ni..


“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”



Alhamdulillah, bila terdetik dihati nak kawin awal ni, murah rezekiku.Bukan nak riak/ujub or apa-apa sifat mazmumah yang lain, tapi memang itulah kenyataanya..Menganggur tak sampai 3 bulan. Seolah-olah ALLAH mudahkan aku untuk bersatu dengan isteriku. Aku pun tak sanggup menanggung lagi dosa sepanjang 6 tahun percintaan kami.. Aku tak nafikan betapa kesalnya aku kerana permulaan ku dengan isteriku bukan seperti yang sepatutnya..

"YA ALLAH,ampunkanlah dosaku dan dosa isteriku..Aku akui kejahilan ku..Sesungguhnya aku bertaubat padamu dengan sebenar-benar taubat."

TENANG.........Itulah perkataan yang mampu ku katakan untuk menggambarkan perasaan ku selepas berkahwin..Menenangkan gelojak jiwa peringkat awal dewasa ku..Kalau dulu dosa mengiringiku bagi setiap sms, panggilan, skype untuk menghilangkan rasa rindu kini menjadi sumber pahalaku kerana aku bukan mengenangkan kekasih/tunang/makwe/gewe tetapi isteriku,,,,penghulu bidadariku di syurga...INSYALLAH

Walaupu