Monday, December 26, 2011

Hidup,pada Erti 4: Another Step of Life..

" Kalau suka, jumpalah ibu dan bapa.
Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah."
-dipetik dari Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan RASUL -
-karya Fatimah Syarha Mohd Noordin-

Perjalanan lebih 6 jam merentangi 3 negeri, Selangor, Pahang dan Terengganu aku lalui bersama-sama ayah dan mak. Dan kali ini kakakku, kak Linda turut serta. Pecutan perodua Alza kami ditemani oleh hujan renyai yang sekejap singgah sekejap hilang. Matahari tak kelihatan kerana dilitupi awan gelap. Mendung sepanjang masa. Selesa memandu dengan cuaca sebegini. Dengan Lebuhraya Pantai Timur terbentang luas yang kadang-kadang bertemu dengan pemandu lain, seolah-olah ALLAH mempermudahkanku untuk menyempurnakan niatku.

Angin kuat monson timur laut berhembusan sehingga bergoyang pohon-pohon kelapa sawit di sepanjang lebuhraya. SubhanALLAH, indahnya pemandangan ini. Tapi lebih banyak permandangan yang indah bila ku keluar dari lebuhraya ini..

Tiba di tol Jabor, hati semakin kembang.. Gembira tiba di negeri yang dapat kurasakan keindahannya  sampai ke tulang. Pemandangan indah Kuala Kemaman, Pelantar minyak di kerteh, pantai disepanjang jalan di Kuala Abang dan Dungun, ombak bergulung di Marang dan akhir sekali Putihnya masjid Masjid Terapung di Kuala Ibai. "Landmark" yang ku tunggu. Tanda ku telah sampai ke rumah tunangan ku.

Tujuan ke rumah di Kg Kolam ini adalah untuk membincangkan hala tuju kami yang telah lebih 2 tahun mengikat talian pertunangan. Berbincang untuk "Another Step of My Life" yakni alam perkahwinan.
Hati berdebar bila memikirkan trend perkawinan kini yang seolah-olah seperti menjual anak. Diploma Rm7000, degree rm10k-18k.... Aku yang baru mendapat pekerjaan ni pastilah tidak mampu menyediakan hantaran yang setinggi itu..Alhamdulillah, bakal mertuaku ini lebih mementingkan kebahagian anak perempuan bongsunya itu.

"Ma tak nak beratkan Wan, kalau ma letak tinggi-tinggi nanti Wan susah nak hutang sana sini, dengan Naj pun susah sekali," kata Ma.

Sebak seketika, mana taknya, anak perempuan bongsu mereka ni adalah pelajar cemerlang di Unisza. Kalau ikutkan mahu Rm10k keatas. Alhamdulillah, hantaran yang ditetapkan kena dengan kemampuan ku ketika ini. TERIMA KASIH MA DAN ABAH.. Wan tak sabar nak menyertai keluarga anda semua.. MAK dan AYAH, terima kasih kerana merestui hubungan kami.. Kak yong dan Kak Linda, terima kasih di atas sokongan korang berdua.. Dan tak lupa semua ahli keluarga Atuk Shafie dan Atuk Majid yang tak henti-henti mendoakan kami. Kepada rakan-rakanku tak kira dari MSU, Matrikulasi, MRSM, SMKBRP jangan lupa datang pada majlis aku nanti..Kad  jemputan akan menyusul.

Kepada tunangku Norul Najmiah Mohammad, abang akan balas pengorbanan yang ibubapa kita lakukan untuk kita dengan memastikan kebahagian keluarga yang bakal kita dirikan nanti seperti bahagianya keluarga Ma dan Abah, Emak dan Ayah...InsyALLAH..

Terima Kasih ALLAH, kerana mempermudahkan urusan kami dalam melaksanakan tuntutan MU..




Tuesday, December 20, 2011

Hidup,pada Erti 3- KTM...OOOOOOOOOO....KTM



"Perhatian, tren 6 gerabak ke arah Kajang dijangka tiba dalam masa 10 minit lagi"
.
.
5 minit kemudian,
.
.
"Perhatian, tren 6 gerabak ke Kajang dijangka tiba 10 minit lagi untuk memberi laluan kepada tren ekspres sinaran utara, harap maaf"
.
.
6 minit kemudian,
.
"Perhatian, tren 6 gerabak ke Kajang telah dibatalkan, tren ke Sungai Gadot dijangka tiba 15 minit lagi"
&(*)(&))^&%^$%#*)
.
20 minit kemudian,
.
.
"Tren ke Sg Gadot telah tiba di platform 1, terima kasih, gerabak tengah adalah untuk penumpang wanita sepanjang masa."
.
.
"Perhatian, sila beri laluan kepada orang yang mahu keluar terlebih dahulu untuk keselesaan anda, penuhkan bahagian tengah gerabak untuk memudahkan penumpang lain menaiki tren"
.
(suasana dalam tren)
.
.
"Perhatian kepada semua penumpang, jangan bersandar pada pintu untuk mengelakkan kelewatan tren"
.
.
Kepong Sentral 
(penuh)
.
Kepong 
(sangat penuh)
.
Segambut
 (penuh tahap gaban, pelbagai bau-bauan yang dapat dinikmati ketika ini)
.
Putra
(penuhla sikit)
.
Bank Negara
(Dapatlah nak duduk kalau nasib baik)
.
Kuala Lumpur
(Selesa la kot)
.
Kl Sentral
(Merdeka)..

*Life cycle ini akan berulang sekiranya ekspres sinaran pagi melalui stesyen Sg Buloh pada jam 6.45pg.                                                           

Saturday, December 17, 2011

Hidup,pada erti 2

           Hari ini, Malaysia gempar dengan berita seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS berkahwin di Dublin, Ireland. Apa yang gemparnya dengan perkahwinan di luar negara? Gemparnya bila seorang Islam, Melayu, lelaki berkahwin dengan kaum sejenisnya. Lebih memalukan bila jejaka yang diberi nama Ariff Alfian Rosli lengkap dengan sepersalinan baju melayu dan tengkolok bercium selepas majlis "akad nikah"nya.
Satu pemandangan yang janggal.
             Kisah Ariff Alfian Rosli bermula apabila dia dilaporkan hilang oleh ibubapanya kerana gagal dihubungi lebih 3 tahun. Kegusaran hati kedua ibubapanya kini telah terjawab. Pasti luluh hati mereka apabila mengetahui darah daging mereka melakukan perkara luar tab'i seperti ini. Menurut ayahandanya Rosli Haron, beliau telah berulang-alik ke London sebanyak 8 kali semata-mata untuk mencari anak kesayangannya. Lebih memburukkan keadaan, pihak PETRONAS  telah menyaman  beliau yang juga selaku penjamin pertama dengan jumlah Rm890,000 yang telah dilaburkan untuk Ariff.

Antara foto perkahwinan terlarang:




                Jika kita lihat raut wajah Ariff, kelihatan dia begitu bangga dengan apa yang dilakukannya. Pernahkah dia fikirkan segala kepahitan yang terpaksa keluarganya telan. Pasti ada orang yang mencemuh keluarganya. Aku tertanya-tanya, ketika dia mengambil keputusan untuk melakukan perbuatan terkutuk ini, pernahkah dia tentang pandangan syarak terhadap perbuatannya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Hal yang paling aku takuti terjadi ke atas kamu ialah perbuatan nabi Lut (meliwat)"
                                                                           (*riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Ibnu Abbas ra. berkata:
"Ada sepuluh perkara yang tergolong ke dalam perbuatan umat Nabi Lut. Sebahagian daripadanya lelaki mendatangi lelaki, dan akan bertambahlah kerosakan dalam umat ini jika wanita mendatangi wanita.

Selain itu Rasulullah SAW turut bersabda:
"ALLAH tidak mahu memandang orang (lelaki) yang mendatangi lelaki (meliwat) atau mendatangi perempuan melalui duburnya."
                       (*riwayat Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

               Berdasarkan hadis dan dalil yang mengeji perbuatan homoseksual ini, kita dapat ketahui betapa bencinya ALLAH dan Rasulullah terhadap hamba atau umatnya yang mengamalkan cara hidup kaum nabi Lut. Laknat  tiga kali ganda ke atas orang yang melakukan liwat.. Orang yang dilaknat ALLAH akan ditutup pintu hatinya melainkan dirinya bertaubat.

               Jadikanlah peristiwa ini sebagai teladan betapa lemahnya iman umat islam kini. Bukti kita telah dikeronyok oleh yahudi dan nasrani. Semoga ALLAH membuka pintu hati Ariff untuk sedar akan kesalahannya dan kembali ke jalan yang benar.

               Kepada saudara se-islamku yang lain, terutamanya yang mempunyai niat untuk mengamalkan cinta yang sesat ini,,bertaubatlah..Beristighfarlah..Fikir-fikirlah hati ibu dan bapa anda yang melahirkan anda. Betapa remuk hati mereka pabila melihat saham akhirat mereka menjadi insan yang dilaknati ALLAH. Fitrah kita manusia diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan..Salurkan cinta melalui saluran yang betul yakni perkahwinan yang suci.

               Bagi saudara se-islam ku yang akan bermusafir ke negera orang, kuatkanlah imanmu, sesungguhnya ilmu setinggi gunung pun jika tidak dibalut dengan iman sia-sialah ilmu tersebut. Dirikanlah solat..Sesungguhnya solat itu benteng maksiat.



Ya ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, kau lindungilah kami umat islam umat nabi MUHAMMAD SAW dari sebarang bencana di atas kesilapan kami sendiri,kau ampunkanlah dosa-dosa kami, berikanlah kami kekuatan untuk melawan dakyah kaum yang dilaknatimu, satu padukanlah kami atas nama islam yang suci. Ya RABBAL A'LAMIN.

Diabetes..

"Mak kencing opah manis ke mak? Boleh buat bancuh air ke?", soalku bila emak katakan yang arwah opah ada kencing manis 14 tahun lalu..

"Kak yong, kenapa kaki opah kena potong kak yong?Macam mana opah nak jalan kak yong?" ku bertanya kepada kakakku yang juga seorang doktor 11 tahun lalu..


"Ooooo,,opah dulu meninggal dunia sebab ketoacidosis la.." bisikku dalam hati ketika di dalam kelas Dr Jalal.


"Ayah pun ada kencing manis,bahaya ni," ku nyatakan kegusaranku pada ayah..


          Kencing manis adalah penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia kini. Penyakit ini tidak mengenal usia atau kaum. Penyakit ini boleh diwarisi.


          Kencing manis atau diabetes merupakan sejenis penyakit kronik yang mana tingginya kandungan gula dalam darah dan tidak terkawal. Kandungan gula dalam darah akan meningkat sekiranya seseorang itu mengamalkan diet bergula. Tetapi jangan bimbang,,dengan adanya hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas, paras gula masih mampu ditimbal balik ke aras normal. Insulin akan menukarkan glukosa (gula) kepada glycogen dan disimpan di dalam hati dan otot. Glycogen yang disimpan akan digunakan kelak untuk menjana tenaga dengan bantuan hormon glucagon.
Insulin.


 Bagi pesakit diabetes, sistem timbal balik gula dalam darah adalah tidak normal. Ini berlaku samada:

  • Rembesan insulin yang tidak mencukupi oleh pankreas.
  • Sel dalam badan gagal untuk memberi reaksi (resistance) pada insulin.
  • Atau kedua-duanya sekali.
Terdapat tiga jenis diabetes yang utama:-
  1. Type 1 Diabetes boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur, tetapi biasanya dihidapi oleh kanak-kanak, remaja atau awal dewasa. Penyakit ini berlaku apabila tubuh badan menghasilkan sedikit atau tiada langsung insulin. Oleh itu, suntikan insulin perlu diberikan setiap hari. Penyebab penyakit ini masih belum ditemui.
  2. Type 2 Diabetes adalah jenis yang paling biasa ditemui dan kerap dihidapi orang dewasa. Tetapi remaja juga berisiko untuk menghidapnya sekiranya mereka menghidapi obesiti. Lebih menakutkan kebanyakan PESAKIT TIDAK MENYEDARI YANG MEREKA MENGHIDAPNYA.
  3. Gestational Diabetes berlaku  pada bila-bila masa di dalam tempoh mengandung seorang wanita yang normal.
Tanda-tanda penyakit:
  • Kabur penglihatan.
  • Kelesuan.
  • Kerap buang air kecil.
  • Berat badan turun dengan mendadak.
  • Kerap lapar
  • Badan berasa sejuk.
Ujian air kencing dilakukan untuk menguji tahap gula dalam darah, tetapi tidak semestinya untuk memastikan yang anda menghidap diabetes. Sekiranya bacaan gula dalam darah anda melebihi 11.1mmol/L, anda disyaki menghidap penyakit ini. Untuk memastikan keputusan ujian ini, ujian seterusnya harus dilakukan
Ujian darah:
  • Fasting blood glucose level- pesakit akan disaran untuk berpuasa sebelum menjalani ujian ini. Sekiranya ujian mencatatkan bacaan lebih dari 7.0mmol/L anda mungkin pesakit diabetes
  • Glucose tolerance test- pesakit akan diberi 75g glukosa untuk dimakan, dan sekiranya selepas 2 jam, kandungan glukosa dalam plasma mencatatkan lebih dari 11.0 mmol/L anda mungkin pesakit diabetes.
  • Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda hyperglycemia (aras gula dalam darah tinggi), ujian darah mencatatkan lebih 11.1 mmol/L kandungan gula, anda mungkin pesakit diabetes.

Kanak-kanak atau orang dewasa yang obesiti digalakkan untuk menjalankan ujian ini walaupun tidak mempunyai sebarang simptom penyakit.

Diabetes tidak boleh dirawat. Ubat-ubatan yang wujud ketika ini hanyalah untuk melegakan simptom, mengawal kandungan gula dalam darah dan menghalang berlakunya komplikasi.
Sekiranya tidak dirawat, diabetes boleh menyebabkan:
  • gangren.
  • glaukoma.
  • komplikasi buah pinggang.
  • stroke.
  • sakit jantung.
  • komplikasi sistem saraf.
  • katarak


Gangren pada jari kaki.




Ulcer pada kaki.

Katarak
Medan Penglihatan Penghidap Glaukoma
Mencegah lebih baik dari merawat. Diabetes dapat dicegah. Gaya hidup yang aktif sambil menjaga berat badan yang ideal adalah langkah tepat untuk mencegah penyakit ini. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan atau minuman. Memperbanyakkan makan sayur-sayuran. Dapatkan khidmat kaunseling sekiranya ibubapa anda menghidap diabetes. Akhir kata:

"KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN"

Hidup, pada Erti 1

             Yes, weekend..Waktu yang aku tunggu-tunggu untuk menqada'kan tidurku yang selama seminggu ini tidak pernah cukup. Selalu, sesudah subuh aku akan bersiap nak ke tempat kerja tapi hari sesudah subuh aku bersiap nak beradu kembali. Mahal rezekiku hari ini.. Baru sekilas mataku terlelap, aku dikejutkan oleh suara lembut emak yang menyuruhku bangkit.."Wan,,jom sarapan kat mamak" ujar mak. Bingkasku bangun bila terkenang bau tosei garing restoran Maju Ahmad tu.. Pantas perodua Alza ayah ku pecut ke lokasi meninggalkan kakak dan abang iparku yang masih diulit mimpi walaupun telah ku gegar pintu bilik mereka. "Diorang tu kalau bom atom meletup kat sebelah cuping telinga pun tak dengar", ayah meradang sambil meratah kari kambing yang menjadi kegemarannya walaupun emak melarang.."Degil orang tua ni, kau nanti jangan ikut pulak perangai degil ayah" bebel mak membantutkan niat membelasah tosei garing tu cukup-cukup.
Degil ke????Tak kot...

           Minggu ini adalah minggu keempat aku bergelar sebagai seorang Research Assistant (RA). Tugasku mudah, mempromosikan artikel-artikel dan jurnal Professor dari fakulti pergigian Universiti Malaya. Tugas yang mudah itu sebenarnya terdiri daripada mencari dan memastikan sesebuah artikel itu milik profesor yang berkenaan, mencipta kata kunci yang terbaik untuk mereka dan meng"optimised"kan research mereka di dalam search engine. Kedengaran sangat mudah, tapi kujangkakan, dengan kemahiran ku yang lebih mahir  mengendalikan sphygnomanometer berbanding keyboard komputer, satu professor mungkin mengambil masa 3 bulan..3 bulan yang membotakkan kepala sebab nak kawin...

Plan nak kawin
Gaji=Rm 1500
Gaji-tolak belanja= Rm1500-Rm500
                           =Rm1000
Kontrak 3 bulan= Rm 1000 x 3
                         =Rm 3000
tambah dalam Akaun= Rm3000+ Rm2000
                                =Rm5000 je...

Huhu,cukup ke ni????
Mintak-mintakla kontrak sambung...huhuhuhu

          Cuti krismas depan aku sekeluarga akan ke terengganu untuk membincangkan hal-hal perkahwinan nanti..Hantaran, Mas Kawin, tarikh nak nikah semuanya akan dibincangkan masa itu..Janganlah banjir. Moga ALLAH mudahkan aku nak mengikut sunnah Rasulullah SAW..Amin..