Saturday, December 17, 2011

Diabetes..

"Mak kencing opah manis ke mak? Boleh buat bancuh air ke?", soalku bila emak katakan yang arwah opah ada kencing manis 14 tahun lalu..

"Kak yong, kenapa kaki opah kena potong kak yong?Macam mana opah nak jalan kak yong?" ku bertanya kepada kakakku yang juga seorang doktor 11 tahun lalu..


"Ooooo,,opah dulu meninggal dunia sebab ketoacidosis la.." bisikku dalam hati ketika di dalam kelas Dr Jalal.


"Ayah pun ada kencing manis,bahaya ni," ku nyatakan kegusaranku pada ayah..


          Kencing manis adalah penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia kini. Penyakit ini tidak mengenal usia atau kaum. Penyakit ini boleh diwarisi.


          Kencing manis atau diabetes merupakan sejenis penyakit kronik yang mana tingginya kandungan gula dalam darah dan tidak terkawal. Kandungan gula dalam darah akan meningkat sekiranya seseorang itu mengamalkan diet bergula. Tetapi jangan bimbang,,dengan adanya hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas, paras gula masih mampu ditimbal balik ke aras normal. Insulin akan menukarkan glukosa (gula) kepada glycogen dan disimpan di dalam hati dan otot. Glycogen yang disimpan akan digunakan kelak untuk menjana tenaga dengan bantuan hormon glucagon.
Insulin.


 Bagi pesakit diabetes, sistem timbal balik gula dalam darah adalah tidak normal. Ini berlaku samada:

  • Rembesan insulin yang tidak mencukupi oleh pankreas.
  • Sel dalam badan gagal untuk memberi reaksi (resistance) pada insulin.
  • Atau kedua-duanya sekali.
Terdapat tiga jenis diabetes yang utama:-
  1. Type 1 Diabetes boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur, tetapi biasanya dihidapi oleh kanak-kanak, remaja atau awal dewasa. Penyakit ini berlaku apabila tubuh badan menghasilkan sedikit atau tiada langsung insulin. Oleh itu, suntikan insulin perlu diberikan setiap hari. Penyebab penyakit ini masih belum ditemui.
  2. Type 2 Diabetes adalah jenis yang paling biasa ditemui dan kerap dihidapi orang dewasa. Tetapi remaja juga berisiko untuk menghidapnya sekiranya mereka menghidapi obesiti. Lebih menakutkan kebanyakan PESAKIT TIDAK MENYEDARI YANG MEREKA MENGHIDAPNYA.
  3. Gestational Diabetes berlaku  pada bila-bila masa di dalam tempoh mengandung seorang wanita yang normal.
Tanda-tanda penyakit:
  • Kabur penglihatan.
  • Kelesuan.
  • Kerap buang air kecil.
  • Berat badan turun dengan mendadak.
  • Kerap lapar
  • Badan berasa sejuk.
Ujian air kencing dilakukan untuk menguji tahap gula dalam darah, tetapi tidak semestinya untuk memastikan yang anda menghidap diabetes. Sekiranya bacaan gula dalam darah anda melebihi 11.1mmol/L, anda disyaki menghidap penyakit ini. Untuk memastikan keputusan ujian ini, ujian seterusnya harus dilakukan
Ujian darah:
  • Fasting blood glucose level- pesakit akan disaran untuk berpuasa sebelum menjalani ujian ini. Sekiranya ujian mencatatkan bacaan lebih dari 7.0mmol/L anda mungkin pesakit diabetes
  • Glucose tolerance test- pesakit akan diberi 75g glukosa untuk dimakan, dan sekiranya selepas 2 jam, kandungan glukosa dalam plasma mencatatkan lebih dari 11.0 mmol/L anda mungkin pesakit diabetes.
  • Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda hyperglycemia (aras gula dalam darah tinggi), ujian darah mencatatkan lebih 11.1 mmol/L kandungan gula, anda mungkin pesakit diabetes.

Kanak-kanak atau orang dewasa yang obesiti digalakkan untuk menjalankan ujian ini walaupun tidak mempunyai sebarang simptom penyakit.

Diabetes tidak boleh dirawat. Ubat-ubatan yang wujud ketika ini hanyalah untuk melegakan simptom, mengawal kandungan gula dalam darah dan menghalang berlakunya komplikasi.
Sekiranya tidak dirawat, diabetes boleh menyebabkan:
  • gangren.
  • glaukoma.
  • komplikasi buah pinggang.
  • stroke.
  • sakit jantung.
  • komplikasi sistem saraf.
  • katarak


Gangren pada jari kaki.




Ulcer pada kaki.

Katarak
Medan Penglihatan Penghidap Glaukoma
Mencegah lebih baik dari merawat. Diabetes dapat dicegah. Gaya hidup yang aktif sambil menjaga berat badan yang ideal adalah langkah tepat untuk mencegah penyakit ini. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan atau minuman. Memperbanyakkan makan sayur-sayuran. Dapatkan khidmat kaunseling sekiranya ibubapa anda menghidap diabetes. Akhir kata:

"KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN"

No comments:

Post a Comment