Monday, December 26, 2011

Hidup,pada Erti 4: Another Step of Life..

" Kalau suka, jumpalah ibu dan bapa.
Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah."
-dipetik dari Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan RASUL -
-karya Fatimah Syarha Mohd Noordin-

Perjalanan lebih 6 jam merentangi 3 negeri, Selangor, Pahang dan Terengganu aku lalui bersama-sama ayah dan mak. Dan kali ini kakakku, kak Linda turut serta. Pecutan perodua Alza kami ditemani oleh hujan renyai yang sekejap singgah sekejap hilang. Matahari tak kelihatan kerana dilitupi awan gelap. Mendung sepanjang masa. Selesa memandu dengan cuaca sebegini. Dengan Lebuhraya Pantai Timur terbentang luas yang kadang-kadang bertemu dengan pemandu lain, seolah-olah ALLAH mempermudahkanku untuk menyempurnakan niatku.

Angin kuat monson timur laut berhembusan sehingga bergoyang pohon-pohon kelapa sawit di sepanjang lebuhraya. SubhanALLAH, indahnya pemandangan ini. Tapi lebih banyak permandangan yang indah bila ku keluar dari lebuhraya ini..

Tiba di tol Jabor, hati semakin kembang.. Gembira tiba di negeri yang dapat kurasakan keindahannya  sampai ke tulang. Pemandangan indah Kuala Kemaman, Pelantar minyak di kerteh, pantai disepanjang jalan di Kuala Abang dan Dungun, ombak bergulung di Marang dan akhir sekali Putihnya masjid Masjid Terapung di Kuala Ibai. "Landmark" yang ku tunggu. Tanda ku telah sampai ke rumah tunangan ku.

Tujuan ke rumah di Kg Kolam ini adalah untuk membincangkan hala tuju kami yang telah lebih 2 tahun mengikat talian pertunangan. Berbincang untuk "Another Step of My Life" yakni alam perkahwinan.
Hati berdebar bila memikirkan trend perkawinan kini yang seolah-olah seperti menjual anak. Diploma Rm7000, degree rm10k-18k.... Aku yang baru mendapat pekerjaan ni pastilah tidak mampu menyediakan hantaran yang setinggi itu..Alhamdulillah, bakal mertuaku ini lebih mementingkan kebahagian anak perempuan bongsunya itu.

"Ma tak nak beratkan Wan, kalau ma letak tinggi-tinggi nanti Wan susah nak hutang sana sini, dengan Naj pun susah sekali," kata Ma.

Sebak seketika, mana taknya, anak perempuan bongsu mereka ni adalah pelajar cemerlang di Unisza. Kalau ikutkan mahu Rm10k keatas. Alhamdulillah, hantaran yang ditetapkan kena dengan kemampuan ku ketika ini. TERIMA KASIH MA DAN ABAH.. Wan tak sabar nak menyertai keluarga anda semua.. MAK dan AYAH, terima kasih kerana merestui hubungan kami.. Kak yong dan Kak Linda, terima kasih di atas sokongan korang berdua.. Dan tak lupa semua ahli keluarga Atuk Shafie dan Atuk Majid yang tak henti-henti mendoakan kami. Kepada rakan-rakanku tak kira dari MSU, Matrikulasi, MRSM, SMKBRP jangan lupa datang pada majlis aku nanti..Kad  jemputan akan menyusul.

Kepada tunangku Norul Najmiah Mohammad, abang akan balas pengorbanan yang ibubapa kita lakukan untuk kita dengan memastikan kebahagian keluarga yang bakal kita dirikan nanti seperti bahagianya keluarga Ma dan Abah, Emak dan Ayah...InsyALLAH..

Terima Kasih ALLAH, kerana mempermudahkan urusan kami dalam melaksanakan tuntutan MU..




2 comments: