Thursday, January 27, 2011

Waiting for the end...

Baru lepas dengar lagu linkin park ni..tibe-tibe terfikir..Bachelor Medical Science aku dah nak habis belajar..Ya ALLAH..Cepat betul masa berlalu..Rasa macam baru je masuk MSU ni..Tapi dah 3 tahun rupanya..Macam-macamla dah aku lalui kat sini.Dari yang manis,sampailah yang ke pahit..Semuanye aku dah lalui, dan dah buat aku lebih matang..

Pengalaman hidup kat IPTS ni membuatkan aku sedar,,betapa mencabarnya hidup di dunia selepas dunia belajar...Bila manusia bertuhankan duit,,tiada perikemanusiaan lagi..Yang kaya makin kaya..Yang miskin makin miskin..Aku nanti tergolong dalam golongan yang mana agaknya..Kaya atau miskin..
Kaya ke miskin aku tak ambil pusing,yang penting aku tak nak bertuhankan duit..Tapi mampukah..Dunia sekarang ni semuanya nak duit..Even nak belajar pun kena bayar..Bukan ke masa zaman Khulafa Ar-Rasyidin dulu belajar semuanya free..Barulah takde yang ketinggalan..Yang miskin boleh belajar,,yang kaya pun boleh belajar..Barulah boleh maju..

Tapi tu zaman dulu,,zaman sekarang lain sangat..Kos sara hidup tinggi sangat-sangat..Aku yang belajar lagi ni pun dah berhutang dah..Ingat lagi ada cerita hitam putih dulu,,tajuknye tak ingat pulak..Dialog dia camni,"Nak,kau pergilah belajar,biar ayah yang fikirkan kebajikanmu"..Tu dulu..Kalau sekarang,"Nak kau pergilah belajar nak,biar ayah pergi rumah tok ketua mintak sahkan sijil kamu nak mohon loan ni"..  haha,berbeza betul..


Entahla..Kadang-kadang aku tak faham sistem pemerintahan sekarang..Aku tak nampak perubahan-perubahan yang perlu untuk rakyat..Ni asyik nak bertekak je..Baik Pemerintah Baik Pembangkang..Bergaduh untuk benda-benda yang tak bawak untung pun kat rakyat..Aku tak nak tulis lebih-lebih takut kena tahan pulak nanti..
Gambar selingan..Jangan marah..

Entahla..apa nak jadi dengan nasib aku nanti..Kita"wait for the end" jela..Hahahahahahaha

1 comment:

  1. hmm..cepat je masa berlalu...masa yang lepas ditinggalkan..masa yang depan bakal dihadapi..tapi masa sekarang mesti dilalui dengan bersungguh2..susah hari ini,untuk senang esk..pahit hari ini,bia manis esok..amiin

    ReplyDelete