Saturday, January 1, 2011

Untuk Sahabat-Sahabatku Yang Ingin Bercinta..

Kalau Suka, jumpalah Ibu Bapa.
Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia..
Kalau tak sedia,,kenapa nak bercinta?
Bukankah itu pintu zina semata-mata?
Nauzubillah.

dipetik dari "PEMILIK CINTAKU-SELEPAS ALLAH & RASUL"-FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.

aku pun bercinta..dengan seorang wanita yang sempurna bagiku..tapi diriku ini yang tak sempurna umtuknya..Alhamdulillah,,ku punya keberanian untuk bertemu dengan ibubapanya mohon ditunangkan kami..walaupun diusia muda..tapi ku yakin,itu keputusan yang betul..ku mahu halalkan ape yang haram..tak mahu dicampur aduk..kerana niat tidak menghalalkan cara..kami diikat 2 tahun..setahun berlalu..macam-macam ranjau kami lalui..Alhamdulillah,masih terikat..masih terpelihara..terpeliharanya hubungan ini kerana ku berpegang pada satu perumpamaan yang ustaz ku katekan..

"kalau pegang api lilin pun tak tertahan panasnya,,inikan pula api neraka"

memang usia ku muda..tak matang..tapi ku tahu..kalau sesebuah cinta itu jika asasnya dimulakan dengan maksiat...maka akan runtuhlah cinta itu..jika cinta itu untuk sang PENCIPTA..nescaya..kita akan memiliki cinta seseorang yang juga cintanya untuk sang PENCIPTANYA..

aku akui cinta kami juga dimulakan dengan maksiat semata-mata..beribu-ribu sms disulami dengan call yang kadang kala lebih dari satu jam..tak terbayang betape banyaknya dosa yang telah aku lakukan..semoga ALLAH mengampunkan dosa kami..

INSYALLAH..aku akan berusaha..percepatkan pernikahan ku..sementara itu..aku ingin mencari cinta yang satu ini..cinta yang lebih agung dari cintaku terhadap dunia..CINTA UNTUK ALLAH..semoga ALLAH memberikanku kekuatan untuk mencari cinta-NYA...

1 comment:

  1. tahniah!!!anda berjaya melihat cinta dr sudut yg sepatutnya..semoga dgn kita mencari cinta ALLAH.maka ALLAH akn memberi cinta hamba yg turut mencintaiNYA-amiin..selamat berjuang dan beribadah(^^)..teruskn usaha utk terus istiqamah..insyaALLAh..ALLAH sentiasa bersamamu..

    ReplyDelete