Saturday, January 1, 2011

Derma darah..


"saya takut jarum"..."saya tak boleh derma,darah saya sikit".."kawan saya dah derma..so,,,saya xpayahlah"..
huh,,,macam-macam alasan keluar bila kita diajak untuk derma darah masa kita organize kempen derma darah kat universiti hari tu...Alhamdulillah,,walaupun ramai yang bagi alasan yang tak masuk akal,,tapi tak sume student kat situ yang kedekut darah..at least,lepasla target penderma..

derma darah...Perlu ke???

sangat perlu..darah adalah salah satu connective tissue yang penting untuk seseorang manusia meneruskan hidup..darah mengangkut oksigen,karbon dioksida, urea dan macam-macam lagila..biasanya setiap manusia ada 2 liter darah dalam badan mereka..darah dihasilkan oleh red bone marrow (tulang sum-sum) setiap hari..jadi jangan risaulah bila kite derma darah, kita dah tak cukup darah..

darah terdiri dari 4 jenis...A,B, AB dan O dengan Rhesus samada Positif atau Negatif..sebelum derma darah,,jenis darah adalah penting untuk ditentukan terlebih dahulu..

Siapa yang nak sangat darah kita ni???
a) pesakit thalassemia (thalasemia major)..dorang perlukan transfusi darah yang kerap..
b)pesakit yang kemalangan dan kehilangan darah..
c)ibu yang baru bersalin..
d)pesakit denggi..
e)pesakit leukemia..
f)PONTIANAK???Oh tidak sama sekali..

Layak ke kita ni nak derma darah??
kalau korang:-
a)18-60 tahun..
b)berat >45kg..
c)tidur > 5jam..
d) tak ambil ubat-ubatan 24jam sebelum menderma
e)tak amal kan seks bebas.
f)tidak mengamalkan perbuatan kaum nabi Lut (Homosexual).
----kalau takde semua ni..korang sangat layak..---

banyak ke darah kita kena sedut??
--tak banyak 350 ml je...(besar air 100plus tin tu je)--

Ada ganjaran ke???
---Ada sangat,,PAHALA terutamanya..dan kalau bernasib baik boleh dapat sijil,,makanan dan bayaran..

kat mana nak derma??
kat mana-mana kempen derma darah yang biasanya ada kat shopping2 complex..takpun pergi kat pusat darah negara kat tepi istana budaya..
http://www.pdn.org.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

pergilah menderma ye..GO SAVE A LIFE...
dan terutama pada yang berbangsa melayu..terus terang saya katakan,,lebih ramai kaum bukan bumiputera yang menderma dari bangsa kita..

1 comment:

  1. saya selalu tak berpeluang untuk derma darah..hmm..mungkin ALLAH dh tetapkan satu hri yg lbh baik utk saya derma darah sy nim..mgkin satu hri nnt..mungkin utk org yg tersyg..n pelbagai mungkin lg..wallahu'alam..(^^)..

    ReplyDelete