Friday, March 11, 2011

Impian yang semakin menjadi impian

Aku memang minat dengan Proton Satria..Masa kecik dulu kalau nampak Satria GTi memang terus berangan la..Bila tengok skirting dengan brek disk depan belakang tu memang terliurla..Tapi masa budak-budak tu apa la sangat..Sekejap je lupa..Tapi dari kecik memang simpan cita-cita nak rembat GTi ni satu..
Bila dah besar ni,,dah faham serba-serbi sikit pasal kereta ni,,lagi berminat la aku nak memiliki kereta ni..Dengan enjin 1.8-litre Mitsubishi 4G93 140bhp ni plus hamdling tuned by Lotus..Setakat nak pecut kat highway tu takde masalah..Huhu,memang impianlah.. Tiba-tiba keluar pulak Satria Neo..Lagi mantap,,walaupun enjin tak sekuat mana,,tapi design still macho..Berangan lagi aku..Tula kejenye..
Fuhh,,kalau bawak kereta ni,memang machola..Kalau lalu mana-mana jalan nampak je kereta ni kepala mesti tak pandang dah tempat lain.hadoi,,lawanya..Ada laa satu hari tu,famili buat kenduri doa selamat..So ajakla sedare mare,jiran-jiran datang..Ada la jiran lama aku datang,bawak pulak Proton Satria Neo 1.6 manual..Adoi,,jeless...Tapi takpe,dapatla merasa test drive kereta ni..Fuhh,,untuk pencinta kereta tempatan macam aku ni memang puasla..Tapi kalau macam si Jeremy Clarkson yang taste dia memang tak boleh blah,,teruk kena kondem agaknya..
Ni la Jeremy Clarkson yang sangat sarcastic tu..

Huhu,,hari-hari berangan berlalu,,tetiba dapat call dari jiran aku tu..Dia offer "Wan,cik A nak jual keta satria neo tu,,Wan nak tak?"..Wow,,pucuk dicita ulam mendatang..Lagi kuat la aku berangan masa tu..Haha..Aku terus inform kat parents aku dan diorang kata ok je..Sebab aku yang kena bayar..Hahahaha,Cik A tu pulak beria la dia nak tolong watkan loan untuk aku (gila,,nafsu punye pasal,tak habis belajar lagi dah sanggup nak berhutang)..Aku pun melantik kakak aku sebagai penjamin aku.. Tapi takde rezeki punye pasal..Cik A tu tetiba boleh call kata tak jadi jual..Berkecai hatiku umpama kristal jatuh ke lantai masa tu..Dah beria dah aku,,boleh cik A wat kat aku camni..Taubat aku nak berurus niaga dengan die
*cik A ni memang ada macam-macam kes yang tak elok la aku nak sebut..

Masa berlalu,,luka pun dah sembuh..Aku teruskan jugak hidup..Namun pada satu hari,,aku dan teman serumah diminta untuk keluar dari rumah sewa kami..Aku pun duduklah kat Sungai Buloh berulang pakai kereta kakak aku..Terfikir aku,,kakak aku ni dah nak kawin (sekarang dah kawin) sampai bila aku nak pakai kereta dia..So,aku amik inisiatif untuk cari kereta terpakai yang murah..Dan target adalah Satria..GTi terkeluar dari list sebab mahal lagi..Cari punya cari dapat la kereta ni..
Model tak termasuk ye..

Alhamdulillah..Kereta Rm 10k tahun 2000 ni pun dah cukup bagus..Setakat ni pun die tak buat hal lagi..Harap kekallah selama mana aku pakai kereta..So,impian untuk ber"Neo" pun padam..Tapi,pagi tadi keluar surat khabar tajuk die "Proton lancar Model R3 Satria neo",,Argghhh,,luka lama berdarah kembali..Mana taknya,, ce tengok,,ce tengok..




Garang gila Neo baru ni..Harga Rm 80k..Ada GPS..Bucket seat..Topspeed 204km/h..Front/back splitter.Memang cair la..Kalau la ada magik yang boleh tukar Satria aku kepada Proton R3 Satria Neo ni kan best..haha,,takpe..harap-harap bila dak kerja model ni Proton jual lagi..Tunggu kau...huhu

2 comments:

  1. ok apa, ko beli Satria tu ko dapat free kitorang bertiga, model kampung!! XD

    ReplyDelete
  2. haha..xleh..model sold separately..

    ReplyDelete