Hari ini, Malaysia gempar dengan berita seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS berkahwin di Dublin, Ireland. Apa yang gemparnya dengan perkahwinan di luar negara? Gemparnya bila seorang Islam, Melayu, lelaki berkahwin dengan kaum sejenisnya. Lebih memalukan bila jejaka yang diberi nama Ariff Alfian Rosli lengkap dengan sepersalinan baju melayu dan tengkolok bercium selepas majlis "akad nikah"nya.
|
Satu pemandangan yang janggal. |
Kisah Ariff Alfian Rosli bermula apabila dia dilaporkan hilang oleh ibubapanya kerana gagal dihubungi lebih 3 tahun. Kegusaran hati kedua ibubapanya kini telah terjawab. Pasti luluh hati mereka apabila mengetahui darah daging mereka melakukan perkara luar tab'i seperti ini. Menurut ayahandanya Rosli Haron, beliau telah berulang-alik ke London sebanyak 8 kali semata-mata untuk mencari anak kesayangannya. Lebih memburukkan keadaan, pihak PETRONAS telah menyaman beliau yang juga selaku penjamin pertama dengan jumlah Rm890,000 yang telah dilaburkan untuk Ariff.
Antara foto perkahwinan terlarang:
Jika kita lihat raut wajah Ariff, kelihatan dia begitu bangga dengan apa yang dilakukannya. Pernahkah dia fikirkan segala kepahitan yang terpaksa keluarganya telan. Pasti ada orang yang mencemuh keluarganya. Aku tertanya-tanya, ketika dia mengambil keputusan untuk melakukan perbuatan terkutuk ini, pernahkah dia tentang pandangan syarak terhadap perbuatannya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Hal yang paling aku takuti terjadi ke atas kamu ialah perbuatan nabi Lut (meliwat)"
(*riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Ibnu Abbas ra. berkata:
"Ada sepuluh perkara yang tergolong ke dalam perbuatan umat Nabi Lut. Sebahagian daripadanya lelaki mendatangi lelaki, dan akan bertambahlah kerosakan dalam umat ini jika wanita mendatangi wanita.
Selain itu Rasulullah SAW turut bersabda:
"ALLAH tidak mahu memandang orang (lelaki) yang mendatangi lelaki (meliwat) atau mendatangi perempuan melalui duburnya."
(*riwayat Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis dan dalil yang mengeji perbuatan homoseksual ini, kita dapat ketahui betapa bencinya ALLAH dan Rasulullah terhadap hamba atau umatnya yang mengamalkan cara hidup kaum nabi Lut. Laknat tiga kali ganda ke atas orang yang melakukan liwat.. Orang yang dilaknat ALLAH akan ditutup pintu hatinya melainkan dirinya bertaubat.
Jadikanlah peristiwa ini sebagai teladan betapa lemahnya iman umat islam kini. Bukti kita telah dikeronyok oleh yahudi dan nasrani. Semoga ALLAH membuka pintu hati Ariff untuk sedar akan kesalahannya dan kembali ke jalan yang benar.
Kepada saudara se-islamku yang lain, terutamanya yang mempunyai niat untuk mengamalkan cinta yang sesat ini,,bertaubatlah..Beristighfarlah..Fikir-fikirlah hati ibu dan bapa anda yang melahirkan anda. Betapa remuk hati mereka pabila melihat saham akhirat mereka menjadi insan yang dilaknati ALLAH. Fitrah kita manusia diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan..Salurkan cinta melalui saluran yang betul yakni perkahwinan yang suci.
Bagi saudara se-islam ku yang akan bermusafir ke negera orang, kuatkanlah imanmu, sesungguhnya ilmu setinggi gunung pun jika tidak dibalut dengan iman sia-sialah ilmu tersebut. Dirikanlah solat..Sesungguhnya solat itu benteng maksiat.
Ya ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, kau lindungilah kami umat islam umat nabi MUHAMMAD SAW dari sebarang bencana di atas kesilapan kami sendiri,kau ampunkanlah dosa-dosa kami, berikanlah kami kekuatan untuk melawan dakyah kaum yang dilaknatimu, satu padukanlah kami atas nama islam yang suci. Ya RABBAL A'LAMIN.